Sunday, March 27, 2011

Halqah SEMETRIK siri 3 (Mac 2011)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kuliah bulanan anjuran Persatuan Alumni Semetrik diteruskan pada 26 Mac yang lalu. Tajuk kuliah bulanan yang disampaikn oleh akhi Ahmad Ghoni bertajuk "Islam Agama Yang Syumul" dan penyampaian disertakan dengan pembentangan powerpoint.



Majlis Ilmu dimulai dengan bacaan surah al-fatihah dan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis. Seterusnya pengerusi majlis memberi kesempatan kepada YDP Alumni untuk memberi sepatah dua kata.YDP menekan bahawa program ceramah bulanan ini merupakan inisiatif Alumni untuk menyemai kefahaman berkenaan Islam serta menjernihkan tsaqafah Islm dikalangan pelajar-pelajar tingkatan 4 & 5.

YDP seterusnya menyerahkan mic kepada saudara penceramah akhi Ahmad Ghoni dengan tajuk pembentangannya "Islam Agama Yang Syumul".



Akhi Ahmad menjelaskan bahawa bahawa pengertiaan Islam yang sebenar adalah Islam adalah agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw untuk mengatur hubungan manusia dengan Allah, dengan dirinya sendiri dan dengan manusia yang lain.

Penceramah juga menerangkan bahawa Islamlah penyelesaian dalam mengurusi seluruh kehidupan manusia di dunia ini.



Akhir majlis tersebut dibuka untuk perbincangan yakni sesi soaljawab bersama tuan penceramah. Antara persoalan yang diajukan berkaitan penjelasan couple itu haram dan akhi Ahmad menjelaskan kedudukan syarak yakni Al-wasilahtul haram, haram ( sesuatu yang menuju keharaman adalah haram). Couple itu adalah hubungan diantara laki-laki dan perempuan tanpa ikatan pernikahan yang sah dan boleh menjurus kepada perbuatan zina yakni menuju kepada keharaman.

Wassalam.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Persiaran Industri,Kuala Lumpur,Malaysia

Friday, January 28, 2011

Halqah SEMETRIK siri 1 (Januari 2011)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah untuk tahun 2011, Persatuan Bekas-bekas pelajar SEMETRIK bakal mengetengahkan satu lagi website yang akan memuatkan siri Halqah SEMETRIK yang diadakan setiap bulan di surau. Oleh yang demikian, sahabat-sahabat mahupun ex-SEMETRIK dapat jua melayari video kuliah tersebut yang akan kami upload ke dalam youtube. Moga usaha murni ini mendapat manfaat bukan sahaja untuk para pelajar yang sedang menuntut di SEMETRIK malahan buat teman-teman bekas pelajar. Di harapkan rakan yang bermurah hati jua dapat menyumbangkan sedikit derma untuk kami menjayakan siri Halqah SEMETRIK ini seperti bayaran untuk ustaz penceramah dan sedikit dana untuk urusan administrasi. Bagi yang bermurah hati untuk membantu program halqah ini boleh dibank-in terus ke akaun Persatuan Bekas Pelajar SEMETRIK seperti dibawah atau boleh menghubungi saudara Sahir(0178988907)dan Hisyam(0199800915).

Nama Akaun: Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Gerik No. Akaun: 08-1000-629-64525

Diharap dapat memaklumkan kepada AJK Alumni sekirannya wang telah dimasukkan.Berikut kami paparkan serba sedikit gambar program pertama Halqah SEMETRIK 2011 yang diadakan pada 22 Januari 2011 di Surau sekolah. Moga usaha murni ini terus istiqamah sehingga bulan 12.