Sunday, March 27, 2011

Halqah SEMETRIK siri 3 (Mac 2011)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kuliah bulanan anjuran Persatuan Alumni Semetrik diteruskan pada 26 Mac yang lalu. Tajuk kuliah bulanan yang disampaikn oleh akhi Ahmad Ghoni bertajuk "Islam Agama Yang Syumul" dan penyampaian disertakan dengan pembentangan powerpoint.



Majlis Ilmu dimulai dengan bacaan surah al-fatihah dan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis. Seterusnya pengerusi majlis memberi kesempatan kepada YDP Alumni untuk memberi sepatah dua kata.YDP menekan bahawa program ceramah bulanan ini merupakan inisiatif Alumni untuk menyemai kefahaman berkenaan Islam serta menjernihkan tsaqafah Islm dikalangan pelajar-pelajar tingkatan 4 & 5.

YDP seterusnya menyerahkan mic kepada saudara penceramah akhi Ahmad Ghoni dengan tajuk pembentangannya "Islam Agama Yang Syumul".



Akhi Ahmad menjelaskan bahawa bahawa pengertiaan Islam yang sebenar adalah Islam adalah agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw untuk mengatur hubungan manusia dengan Allah, dengan dirinya sendiri dan dengan manusia yang lain.

Penceramah juga menerangkan bahawa Islamlah penyelesaian dalam mengurusi seluruh kehidupan manusia di dunia ini.



Akhir majlis tersebut dibuka untuk perbincangan yakni sesi soaljawab bersama tuan penceramah. Antara persoalan yang diajukan berkaitan penjelasan couple itu haram dan akhi Ahmad menjelaskan kedudukan syarak yakni Al-wasilahtul haram, haram ( sesuatu yang menuju keharaman adalah haram). Couple itu adalah hubungan diantara laki-laki dan perempuan tanpa ikatan pernikahan yang sah dan boleh menjurus kepada perbuatan zina yakni menuju kepada keharaman.

Wassalam.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Persiaran Industri,Kuala Lumpur,Malaysia

No comments:

Post a Comment